Tidak mahu berselindung, pelakon cantik Rita Rudaini memberitahu sebagai peminat sukan bola sepak dia menjadikan JDT sebagai antara kelab pilihan.
Menolak dakwaan ada kena mengena dengan bekas suaminya Aidil Zafuan Abdul Razak.
Tambah Rita tidak ada sebab untuk dia menafikan kehebatan kelab tersebut walaupun ada yang tidak senang dengan pendiriannya itu.
“Tidak saya nafikan JDT adalah antara kelab bola yang bagus. Jadi JDT memang antara kelab bola pilihan saya. Bukan saya pilih sebab bekas suami saya atau apa,”katanya.
Tidak takut akan kecaman yang diterima. Dalam situasi ini Rita melihat dia tidak mampu memuaskan hati semua pihak.
“Saya tidak faham, apa juga saya lakukan akan terima pandangan yang berbeza.
“Kalau saya bercakap soal ini ada yang kata saya tidak “move on” begitu juga sebaliknya. Jujurnya saya tidak menyimpan dendam pada mana- mana pihak,”katanya.
Sementara memenangi tempat keempat dalam pertandingan All Stars Buka Panggung (ASBP), Rita tidak melihat ada yang perlu dimalukan.
“Buat apa saya mahu rasa imej saya tercalar dengan tempat keempat ini. Untuk berada di pentas terakhir juga sudah cukup membanggakan.
“Bagi saya pilihan untuk berada dalam ASBP adalah sebagai satu cabaran baharu untuk saya,”katanya.
Sebagai tambahan pelakon Zul Huzaimy dinobatkan sebagai juara musim pertama program realiti itu.