Array

Undian ERA Digital Muzik Awards 2019 Kini bermula

Para peminat dijemput membuang undi dari sekarang hingga 16 Januari di laman web EDMA 2019

 

MENGENAI EDMA 2019

 

  • Undian Top 5 untuk ERA Digital Muzik Awards (EDMA 2019) dibuka dari sekarang hingga 16 Januari 2020. Peminat-peminat ERA dijemput membuang undi dan memilih juara dalam 5 kategori yang dipertandingan melalui laman web: EDMA 2019
  • Kategori-kategori yang dipertandingkan kali ini merangkumi Artis Baru Baek, Lagu Featuring Hit, Rappers Paling ONZ, Fan Club Paling Ngam dan Lagu Viral ONZ.
  • Cara-cara membuang undi:
    • Layari laman rasmi je dan klik pautan EDMA 2019;
    • Klik pada kategori untuk melihat calon-calon Top 5;
    • Lima calon Top 5 bersama butang undian disediakan dalam setiap kategori;
    • Buang undi dengan menekan butang UNDI untuk calon pilihan.

Peminat hanya dibenarkan membuang satu undi dalam tempoh sehari bagi setiap calon yang dipertandingkan.

  • Juara setiap kategori akan diumumkan pada malam anugerah EDMA 2019 yang dijadualkan berlangsung pada Januari kelak.

(Sila rujuk senarai Top 5 EDMA 2019 di bawah).

  • EDMA, anugerah digital jenama radio Melayu No. 1 di Malaysia, ERA, memasuki tahun keempat dikendalikan, dan diwujudkan untuk memberi pengiktirafan kepada artis-artis tempatan untuk bakat dan pencapaian mereka di dalam industri hiburan Malaysia.

SENARAI TOP 5 EDMA 2019

1.       Artis Baru Baek

·       Kucaimars

·       Naim Daniel

·       Muna Shahirah

·       Luqman Faiz

·       Fieya Julia

 

2.       Lagu Featuring Hit

·       Naim Daniel feat Tuju

·       K-Clique feat Alif

·       Zizan feat Ismail Izzani

·       Ippo Hafiz feat Sheryl Syazwani

·       Ara Johari feat Waris

 

3.       Rappers Paling ONZ

·       K-Clique

·       Aman Ra

·       Bunga

·       Zizi Kirana

·       Kidd Santhe

 

4.       Fan Club Paling Ngam

·       Qiemilio Official GC

·       Andi Dears Official

·       Khai Bahar Empire

·       Haelers

·       Wany Hasnizers

 

5.       Lagu Viral ONZ

·       Sumpah – Naim Daniel

·       Haa Tepok – Meer Fly, Kidd Santhe & MK K-Clique

·       Mimpi – K-Clique feat Alif

·       Hutang – Floor88

·       Donde – Andi Bernadee

 

Most Popular