Disahkan Menopause ketika diusia 13 tahun, wanita ini tanam impian untuk mengandung

Mengalami Menopause ketika diusia 13 tahun, ternyata impiannya untuk menimang cahaya mata cukup tipis.

Bagaimanapun bagi Cathy Phillips -Brady, 31, yang berasal dari London dia kini tetap berusaha dalam menjadi seorang ibu dengan apa jua cara.

Berkongsi apa yang dilalui zaman remajanya, Cathy memberitahu diumur 12 tahun dia mengalami kesakitan haid yang sangat melampau sehingga menyebabkan dia terpaksa berada di katil berhari-hari. Akibat daripada itu dia diberikan mefenamic acid oleh pihak hospital yang menyebabkan haidnya terus berhenti selama setahun.

Bagaimanapun diumur 14 tahun dia mula mengalami simpton Menopause antaranya badan cepat panas yang menyebabkan dia terpaksa mandi dua kali sehari dalam meredakan kepanasan.

Jelas Cathy dia pada mulanya juga tidak percaya Menopause yang selalunya dialami wanita berusia 45 tahun ke atas akan dialami dirinya seawal belasan tahun. Malah lebih menyedihkan perkara ini juga menyebabkan impiannya untuk mempunyai anak terhalang.

Tambahnya doktor hanya mengesahkan dia mempunyai masalah ovari pramatang ketika usianya 17 tahun dimana pada kondisi ini ovarinya tidak dapat lagi menghasilkan telur untuk disenyawakan.

“Ketika mengetahui keadaan diri saya ketika itu saya terpaksa melaluinya tanpa bantuan membuatkan saya terasa cukup sedih,”katanya kepada DailyMail.

Sudahpun berkahwin sejak 2018, kini Cathy dan suaminya yang dikenali sebagai James berusaha untuk mencari penderma telur.

Tambahnya dia juga bernasib baik untuk mempunyai seorang suami yang memahami selain turut sama menyokong impiannya untuk mempunyai anak sendiri.

Sumber – The Sun