Bola Sepak : Messi gesa Barcelona kurangkan kesilapan mudah

Lionel Messi percaya Barcelona telah beraksi dengan baik sewaktu tewas di tangan Atletico Madrid dalam separuh akhir Piala Super Sepanyol tetapi menggesa rakan sepasukannya itu memperbaiki kesilapan mudah yang dilakukan.

Awal pagi tadi, Barca tewas 3-2 di tangan anak buah Diego Simeone itu di Jeddah, Arab Saudi, sekali gus membolehkan Atletico bertemu Real Madrid di pentas final.

Selepas Koke membuka tirai jaringan, Messi menyamakan kedudukan dengan rembatan kemas sebelum Antoine Griezmann meletakkan Barca mendahului bekas pasukannya, Atletico.

Namun, Barca sekadar melihat dua gol dinafikan Video Bantuan Pengadil (VAR) sebelum Atletico bangkit daripada ketinggalan untuk mencipta kemenangan dramatik hasil sepakan penalti Alvaro Morata dan ledakan Angel Correa.

Messi mendakwa Barca tidak boleh kecewa dengan persembahan yang ditampilkan tetapi mengakui mereka tidak boleh terus melakukan kesilapan mudah.

“Agak kasihan, kami bermain dengan baik. Selepas sekian lama, kami kembali dengan perasaan yang bagus, mengawal permainan dan menyerang sepanjang masa,” katanya.

“Kami tewas akibat kesilapan tertentu ketika lawan hampir kalah, kurang daripada 10 minit yang sepatutnya kami tamatkan.

“Hari ini, kami melangkah dengan kekalahan tetapi kami sedar tidak melakukan apa yang dirancang. Kami tidak mahu melakukan kesilapan mudah lagi.

“Ia menyakitkan kerana ini satu pertandingan dan kami mahu ke final serta bergelar juara. Kami bermain dengan baik, namun malang tidak mencapai kemenangan.

“Kami sedang berusaha untuk meningkat. Kini, kami memiliki beberapa hari sebelum menghadapi aksi seterusnya. Banyak perkara perlu dipertingkat dan walaupun kami tidak tampil cemerlang, kami perlu memperbaikinya.”

Kekalahan itu juga menimbulkan persoalan mengenai masa depan pengurus, Ernesto Valverde, tetapi Messi menegaskan seluruh pasukan perlu teguh berada di belakang pengurus itu.

“Ia normal apabila menerima kekalahan dan sasaran tidak dicapai,” tambah kapten Argentina itu.

“Orang ramai melihat pasukan merkea tidak beraksi seperti diinginkan, seperti yang kami mahu.

“Memang satu kebiasaan apabila mereka bercakap tetapi kami perlu bersatu. Ia situasi sukar kerana kami terlepas satu kejuaraan yang dimahukan tetapi kami perlu teruskan perjuangan.”

Most Popular

Bakal pengantin dituduh cuba perkosa, cabul housemate tunang

SEORANG pekerja pembersihan yang bakal berkahwin Mac tahun depan didakwa di Mahkamah Sesyen Melaka hari ini atas pertuduhan cuba merogol dan mencabul...

Wanita stres batalkan niat nak bunuh diri sebab ternampak buaya

GARA-GARA ternampak kelibat buaya, seorang jurutera sebuah syarikat swasta di Klang, Selangor membatalkan hasratnya membunuh diri selepas terjun ke dalam sungai di...

Bapa ingatkan Da’i Syed jangan perguna agama

SELEPAS nama anaknya viral dalam media sosial semalam kerana terlibat dengan dakwaan serius merogol seorang wanita, bapa kepada pendakwah muda Da’i Syed...

Nenek berumur 100 tahun mati terkejut ketika cuba diperkosa jiran

SEORANG lelaki di India dijatuhi hukuman penjara seumur hidup kerana mengakibatkan kematian seorang wanita berusia 100 tahun ketika dia cuba merogol mangsa,...