Tular Video Seorang Guru Tampar Murid Depan Khalayak Ramai

 

Satu rakaman video memaparkan seorang guru menampar seorang murid lelaki tular di media sosial baru-baru ini.

Menerusi perkongsian di platform X, MALAYSIAVIRALLL, video tersebut ditularkan oleh guru yang bertugas di sekolah itu sendiri.

Video tersebut menimbulkan rasa kurang senang dan rata-rata pengguna X berharap agar guru tersebut dikenakan tindakan.

“Biarlah nak kena saman ke, nak kena apa ke. Nak upload juga

“Tak ada niat nak buka aib tapi sebagai peringatan,” tulis guru yang memuatnaik video tersebut.

“Kamu cikgu ke, guru besar ke, PK ke. Tak kisah lah kamu siapa.

“Cuma waktu nak marah atau tegur anak murid tu biar beradab sikit. Aku tak pernah buat student aku begitu nak marah macam mana pun,” tulisnya lagi.

Setakat ini, video tersebut telah ditonton sebanyak 1 juta tontonan.