Tak Perlu Cetak, Hanya Tunjuk Cukai Jalan Digital Jika Ditahan

Orang ramai tidak perlu mencetak cukai jalan sebaliknya hanya perlu menunjukkan sukai digital di aplikasi MYJPJ sekiranya ditahan.

Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan dan Operasi) JPJ, Aedy Fadly Ramli berkata, bagaimanapun, orang ramai yang masih ragu-ragu mereka boleh mencetak cukai jalan berkenaan.

“Kalau nak cetak dan simpan cukai jalan dalam kereta tu pun tak ada masalah… Sebenarnya tiada masalah pun yang penting cukai jalan perlu diperbaharui dan tidak tamat tempoh serta masih sah digunakan.

“Pengguna juga boleh tunjuk saja aplikasi berkenaan jika diminta oleh penguat kuasa JPJ,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Perasmian Penutup Jamboree Kadet JPJ Peringkat Kebangsaan di Akademi Binaan Malaysia (ABM) di sini hari ini.

Pihak JPJ memberi penjelasan itu selepas terdapat kekeliruan orang ramai berkaitan cukai jalan digital yang didakwa perlu dicetak.

Sumber : harian metro