TOSS Perkenalkan Pencipta Rasa

    Melihat keterbukaan peminat kini untuk menerima pelbagai muzik baharu memberi kekuatan buat kumpulan TOSS.

    Muncul dengan single pertama berjudul Pencipta Rasa, lagu bergenra pop alternatif ini menjadi pertaruhan pertama buat kumpulan ini.

    Sementara itu Toss atau Tale Of Six Soulmate ini dianggotai oleh Athul sebagai penyanyi utama, Boy (keyboard), JM (bes), Pudin (gitar utama), Zali (gitar kedua) dan Yazid (drum).

    Bercakap mengenai persaingan ternyata Toss cukup positif, walaupun kesemua mereka kini tinggal di Johor Bahru, namun dengan kemajuan teknologi kini mereka yakin untuk sama-sama bersaing dengan pendatang bahru lain.

    Sudah mempunyai kerjaya berbeza, namun itu tidak bermakna bidang muzik hanya sekadar sandaran buat kumpulan ini.

    Yakin dengan minat dan bakat yang dimiliki, Toss yakin bidang ini kelak mampu menyediakan satu lagi peluang kerjaya kedua untuk setiap anggota.

    Sementara itu bagi peminat boleh melayari laman Youtube untuk mendengar lagu Pencipta Rasa yang sudah dikongsi sejak 25 Oktober lalu.