Merupakan kanak-kanak paling popular di United Kingdom, nama Putera George bukan asing dalam kalangan penduduk di sana. Berada di tangga ketiga selepas datuk dan bapanya sebagai pewaris takhta diraja Britain, George sentiasa menjadi perhatian lensa kamera paparazzi.
Terbaharu di usia 6 tahun, George di lihat sebagai seorang yang sangat pemalu namun sudah menunjukkan sikap sebagai seorang pemimpin. Berbeza dengan adiknya Puteri Charlotte ,4, yang lebih berkeyakinan dan suka akan perhatian.
Walaupun mempunyai kedudukan berbeza dengan kanak-kanak lain, George dan Charlotte juga tidak ada dibesarkan dalam suasana berbeza. Sama seperti hubungan adik beradik yang lain di usia mereka juga, George dan Charlotte turut berlaku perebutan barang mainan.
Namun disebalik pergaduhan itu, George sentiasa mengalah dan masa yang sama sering menjadi pelindung kepada adik perempuanya itu.
Selain itu juga George turut popular dikalangan rakan-rakanya di sekolah. Malah dia juga turut berkesempatan menjemput beberapa rakanya ke istana untuk bermain.
Sementara itu selain George dan Charlotte pasangan diraja Putera William dan Kate Middleton Prince William ini juga turut mempunyai seorang lagi anak Putera Louis berusia setahun.