Aweera Tidak Kisah kontroversi

Bercakap mengenai pilihan untuk sekali lagi berada dalam sebuah kumpulan, kata Aweera walaupun apa yang dilaluinya sebelum ini tidak indah, namun itu tidak bermakna pengalaman yang dimilikinya tidak berharga. Selesa untuk terus dikenali sebagai vokalis kumpulan, kali ini dia juga yakin sudah menemui anggota dan kumpulan yang sesuai dengan dirinya.

Apa juga yang berlaku tidak boleh nafikan pengalaman yang saya dapat menjadi anggota kepada dua kumpulan muzik berbeza ini sangat berguna. Jadi saya anggap ini adalah perjalanan saya dalam bidang muzik, setiap orang juga berbeza.

Bagaimanapun saya bukanlah menghadkan diri saya untuk tidak menjadi penyanyi solo. Kalau ada peluang memang saya menyanyi secara solo juga, sebab anggota lain dalam Pelita Lusuh juga faham jadi tidak ada masalah. Cuma saya secara jujurnya memang suka berada dalam sebuah kumpulan,” katanya ketika berada di majlis Lepak2 bersama media anjuran Life Records.

Tidak melihat kontroversi yangmenyelubungi diri sebagai sebab untuk dia mengalah dalam industri ini. Kongsi Aweera dia sentiasa positif dengan apa juga dugaan yang melanda dirinya. Malah dia juga tidak kisah dengan pandangan mereka di luar sana mengenai dirinya.

Saya tidak kisah dengan apa sahaja pandangan orang luar terhadap diri. Sebab dalam konteks ini saya lebih tahu apa yang berlaku.

Jika mereka berpendapat dengan apa yang berlaku sebagai salah saya, tiada apa yang boleh saya lakukan selain terus membutikkan kemampuan saya dalam bidang ini,” katanya.

Sementara itu ditanya mengenai perancangan kumpulan baharunya, kata Aweera buat masa ini dia dan dua lagi anggota Pelita Lusuh, Anep dan Alan akan berangkat ke Jepun untuk mengadakan persembahan di sana.

Kami akan berada di Jepun pada Disember ini, selama dua minggu untuk mengadakan persebnahan di beberapa lokasi.”

Dalam masa yang sama juga kami akan melancarkan sebuah album penuh berbahasa inggeris untuk pasaran Amerika Syarikat dan Jepun.”