Tol Percuma Pada 23, 26 Disember Sempena Krismas

Tol percuma diberikan kepada rakyat Malaysia selama dua hari di seluruh lebuh raya di negara ini sempena sambutan Krismas pada 25 Disember nanti.

Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, tol percuma akan berkuatkuasa pada 23 Disember dan 26 Disember 2023.

“Keputusan tersebut telah dibuat selepas mesyuarat jemaah menteri yang berlangsung pada 6 Disember lalu sempena sambutan Krimas tahun ini.

“Pengecualian tersebut diberikan untuk semua jenis kenderaan di semua lebuh raya dalam negara kecuali dua plaza tol di sempadan negara iaitu Plaza Tol Bangunan Sultan Iskandar dan Plaza Tol Tanjung Kupang,” jelasnya dalam satu sidang akhbar hari ini.

Sumber : Kosmo