Zoey Rahman Dimalukan di Anugerah Berprestij, Rupa-rupanya..

Zoey Rahman sebelum ini ada memuat naik satu hantaran di Instagram mengatakan yang dirinya telah dimalukan di sebuah anugerah berprestij minggu lalu. Perkara itu mengundang pelbagai pertanyaan netizen yang ingin mengetahui insiden yang terjadi semasa majlis itu berlangsung.

“Aku tak akan lupakan sampai bila-bila

“Semoga menjadi pengajaran buat aku,” tulisnya sebelum ini.

Ramai peminat yang menantikan Zoey atau nama sebenarnyaMohd Hairey Abdul Rahman, 38, memuat naik bukti dirinya dimalukan di majlis tersebut.

Bagaimanapun, selepas memuat naik ‘bukti’ si pelaku, rupa-rupanya Zoey tidak dimalukan sebaliknya ianya adalah kesilapan diri sendiri. Jelas Zoey, dia tidak perasan terdapat cebisan sayur pada giginya Ketika satu video diambil.

“Sayur di gigiku!

“Setelah enam tahun aku pakai braces, ini kali pertama aku dimalukan. Sampai hati kau gigi tidak beri Kerjasama,” katanya.

Majlis berprestij tersebut turut dihadiri Datuk Seri Siti Nurhaliza.