Penceramah Bebas Syamsul Debat Meninggal Dunia Adalah Berita Palsu

 

Pembantu kepada Syamsul Debat menafikan bahawa penceramah bebas itu meninggal dunia seperti yang ditularkan melalui aplikasi Whatsapp pada Rabu.

Syamsul Debat atau nama sebenarnya Syamsul Amri bin Ismail selamat tiba di tanah air selepas pulang menunaikan umrah dan sedang berehat di rumahnya di Negeri Sembilan.

“Jangan sebarkan berita palsu. Tuan badan (Syamsul) sudah selamat sampai rumah,” katanya ringkas melalui aplikasi Whatsapp kepada Harian Metro.

Berita kononnya Syamsul Debat terlibat dalam kemalangan di Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (Elite) dan cedera parah di kepala tular di aplikasi Whatsapp.

Sumber : Harian Metro