Jadi Pekak selepas pakai earphone terlalu lama & kerap tidur lewat

Gambar Hiasan
Seorang wanita berusia 28 tahun menjadi pekak sebelah telinga selepas menggunakan fon telinga untuk jangka masa lama dan kerap berjaga malam. 
 
Xiao Jing dari Taiwan gemar menonton drama bersiri sebagai salah satu cara untuk menghilangkan stress di tempat kerja. Dia selalu memakai fon telinga untuk menonton drama kegemarannya itu dalam komuter sewaktu dalam perjalanan pulang ke rumah.
 
Selepas mengamalkan tabiat itu selama sebulan, Xiao Jing menyedari tiada bunyi yang dapati didengari dari telinga kirinya lalu cuba menukar fon telinganya beberapa kali tetapi telinga kirinya masih gagal mendengar sebarang bunyi. 
 
Xiao kemudian menyedari bukan fon telinganya yang bermasalah, lalu segera pergi ke hospital untuk mendapatkan bantuan. 
 
Doktor kemudian mengesahkan deria pendengaran telinga kirinya sudah tidak berfungsi. Tetapi Xiao bernasib baik kerana segera datang ke hospital untuk mendapatkan rawatan. Sekiranya dia terlambat berbuat demikian, telinga kirinya berkemungkinan besar akan terus pekak. 
 
Selepas diberi rawatan steroid dan hyperbaric oxygen therapy, deria pendengaran telinga kirinya kembali pulih 80 peratus. 
 
Doktor pakar berkata, punca telinga kiri Xiao menjadi pekak secara tiba-tiba masih belum diketahui tetapi ia mempunyai kaitan dengan tekanan, jangkitan viral, dadah, trauma dan tumor. 
 
Beliau berkata, jika seseorang itu hilang deria pendengaran secara tiba-tiba adalah dinasihatkan untuk segera mendapatkan bantuan perubatan dalam tempoh tiga hari agar telinga dapat diselamatkan. 
 
Tambahnya lagi, masalah hilang deria pendengaran secara tiba-tiba itu juga boleh berlaku pada semua peringkat usia terutamanya pada mereka yang kerap mengalami keletihan dan selalu berjaga malam. 
 
Bagi mengelakkan masalah itu berlaku, doktor menyarankan orang ramai tidur awal agar badan mendapat rehat yang secukupnya.