Tiga Penagih Dadah Yang Ditahan Tiada Kaitan Kes Bunuh Zayn Rayyan

Tiga individu dipercayai penagih dadah ditahan polis selepas ujian DNA dilakukan secara beramai-ramai di Apartmen Idaman, Damansara Damai pada Ahad lalu.

Bagaimanapun, Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan mengesahkan penangkapan terhadap tiga penagih dadah itu tiada kaitan dengan kes pembunuhan kanak-kanak autistic, Zayn Rayyan Abdul Matiin.

Mereka ditahan selepas ujian saringan air kencing didapati positif dadah.

“Kebetulan ketika kami (polis) melakukan mass DNA screening tersebut, ketiga-tiganya positif dadah.

“Oleh sebab itu kita tahan mereka bagi lakukan ujian air kencing untuk tindakan lanjut, namun ketiga-tiganya tiada kaitan dengan siasatan kes pembunuhan arwah Zayn,” katanya pada Rabu.

Ujian DNA dilakukan melibatkan penduduk di Apartment Idaman bagi membantu proses siasatan dan menjejak pembunuh Zayn Rayyan.

Sumber : Sinar Harian