Pemandu Langgar Motosikal Dinaiki 4 Beranak Didenda RM 6000

Semalam tular satu video di mana sebuah kenderaan jenis pacuan empat roda melanggar sebiji motosikal yang dinaiki empat beranak di Lebuhraya Besraya.

Kejadian berlaku pada 12.30 tengah hari, 12 Disember.

Pemandu yang merupakan seorang pereka grafik, Mohammad Harith Ismail, 22, dikenakan denda sebanyak RM 6000 oleh Mahkamah Majistret selepas mengaku bersalah di atas pertuduhan yang dibacakan terhadapnya.

Mahkamah memerintahkan dia dihukum penjara empat bulan sekiranya gagal membayar denda tersebut dan butiran kesalahan direkodkan pada lesen memandunya.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang membawa hukuman denda antara RM5,000 hingga RM10,000 dan boleh juga dipenjarakan tidak melebihi 12 bulan.

 

Ramai yang meninggalkan komen negative yang mengecam tindakan pemuda tersebut yang terus melarikan diri selepas melanggar motosikal dinaiki empat beranak itu.

Bagaimanapun, video yang tular bukanlah video penuh. Pemandu tersebut telah berpatah balik ke arah mangsa dan membawa mereka ke hospital.

“Saya bukan orang sini, jadi saya tidak arif dengan selok-belok jalan di lokasi kejadian.

“Saya juga tidak melarikan diri atau meninggalkan mangsa di situ, sebaliknya terus hantar mereka ke hospital bersama saksi,” katanya.

Kesemua mangsa cedera ringan dan telah dirawat di Hospital Serdang

Sumber : Awani