Puma Tamatkan Tajaan Dengan Pasukan Bola Sepak Israel

Jenama sukan PUMA akan menamatkan tajaan terhadap pasukan bola sepak kebangsaan Israel pada tahun 2024.

Namun, menurut jurucakap syarikat itu, perancangan untuk menamatkan tajaan itu sudah dirancang sejak tahun lalu dan ia tiada kaitan dengan perang yang sedang berlaku di Gaza.

Ianya dilakukan atas desakan boikot susulan Kerjasama bersama Persatuan Bola Sepak Israel (IFA). Gesaan itu semakin kuat selepas serangan Israel ke atas Gaza dua bulan lalu, yang telah membunuh lebih 18,000 rakyat Palestin.

Bukan sahaja kontrak bersama Israel, malah PUMA juga menamatkan kontrak dengan Serbia bermula 2024 dan tidak akan diperbaharui.