Nombor Plat Kenderaan GOLD 1 Milik Agong

Nombor plat kenderaan keluaran khas GOLD 1 menjadi milik Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dengan nilai bidaan tertinggi dalam sejarah negara iaitu RM1.5 juta.

Perkara itu dikongsikan menerusi sebuah hantaran di laman Facebook dan Instagram rasmi baginda pada Selasa.

 

Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook di Istana Negara. Anthony mempersembahkan secara simbolik nombor plat kenderaan berkenaan kepada Sultan Ibrahim.

Nombor plat siri GOLD merupakan Nombor Pendaftaran Istimewa (NPI) sempena sambutan jubli emas Hari Wilayah Persekutuan ke-50.