Tak Terganti harapan baharu Alvin Chong

    Lebih terkenal sebagai pengacara dan pelakon, namun minatnya sebagai penyanyi tidak pernah dilupakan. Malah selepas mengeluarkan tiga single Lagumu (2016), “Mencintaimu (2017) dan Tajam (2018).

    Selepas dua tahun kini, Alvin Chong kembali memeriahkan industri nyanyian dengan lagu Tak Terganti.

    Bercakap mengenai lagu ini, kongsi Alvin Tak Terganti merupakan hasil ciptaan Ariadinata yang juga penyanyi kumpulan Samsons dari Indonesia yang sebelum ini pernah popular di Malaysia dengan lagu “Kenangan Terindah”

    Berbeza dengan lagunya sebelum ini Tak Terganti menggunakan elemen Pop-EDM ini selain memiliki kekuatan melodi yang mesra telinga dan lirik yang mudah diingati.

    Berharap agar Tak Terganti mendapat tempat di hati peminat Alvin juga tidak menolak untuk melihat lagu ini kelak mampu menempatkan dirinya sebagai penyanyi lelaki bukan Melayu terunggul dalam persada muzik Melayu.