Budak disahkan rabun jauh selepas kerap dibiarkan main handphone tanpa had selama 2 tahun

Gambaar Sekadar Hiasan
Seorang kanak-kanak berusia lima tahun di Dongguan, China, mengadu penglihatannya terjejas dan terpaksa kerap mengecilkan pandangannya agar dapat melihat dengan lebih jelas. 
 
Bimbang dengan keadaan itu, kanak-kanak itu kemudian dibawa oleh ibu bapanya berjumpa dengan pakar optometris untuk menjalani ujian penglihatan. 
 
Setelah diperiksa, kanak-kanak lelaki itu disahkan mengalami rabun jauh (myopia) dengan tahap kritikal.
 
Berdasarkan keputusan ujian awal, optometris mendapati mata kanannya mempunyai 975 darjah myopia dan 225 darjah astigmatisme, sementara mata kiranya mempunyai 750 darjah myopia dan 300 darjah astigmatisme. 
 
 
Difahamkan, kanak-kanak itu telah diberi menggunakan tablet oleh ibu bapanya sejak berusia tiga tahun yang kononnya untuk proses pembelajaran. Namun, tiadanya pengawasan dan pengawalan dari ibu bapa menyebabkan dia menggunakan tablet itu lebih dari enam jam setiap hari. 
 
Oleh itu, ibu bapa amatlah tidak digalakkan mendidik anak menggunakan gajet di awal usia bagi mengelakkan mereka ketagih yang akhirnya menjejaskan deria penglihatan. Jika tidak dibiarkan berterusan, ia juga boleh mendatangkan kemudaratan kepada otak, kawalan motor dan tumbesaran anak.