Array

Datin Alyah – Cintaiku.

Penyanyi terkenal, Datin Alyah cukup sinonim dengan muzik genre balada. Kejayaan beberapa single sebelum ini meletakkan Alyah di kelas tersendiri.

Walaupun industri muzik tanah air dibanjiri dengan penyanyi baru, nama Alyah tetap utuh dan kekal relevan sehingga ke hari ini.

Dalam masa sama, Alyah juga cukup bertuah apabila mendapat lagu yang kuat dari segi melodi dan lirik sekali gus berjaya melangkah jauh seperti pentas Anugerah Juara Lagu.
Pembuka tahun 2020 ini disifatkan sesuatu yang cukup manis dan bermakna apabila Alyah muncul dengan single berentak balada, Cintaiku yang bakal dilancarkan secara rasmi pada 16 Januari ini.

Menariknya, lagu itu dipilih menjadi lagu tema dan diperdengarkan serentak dengan tayangan hari pertama drama Camelia yang bersiaran di slot Samarinda, TV3.

Bagi Alyah, lagu ciptaan bersama Ikhwan Fatanna dan Wan Saleh dan lirik oleh Arisz Ab Rahman, Datin Hasniza dan Ikhwan itu memberikan kelainan kepada warna vokalnya.

“Muzik lagu ini masih dalam kategori balada. Kalau bercakap soal kekuatan, dalam lagu ini vokal saya menjadi lain. ’Key’ yang dipilih untuk lagu ini mengubah ‘tone’ suara saya. Pendek kata, bunyinya tidak seperti lagu saya sebelum ini. Saya yakin, bagi yang kali pertama mendengar akan cakap suara saya lain.

“Namun, saya ingin puji karya ini kerana melodi yang sangat menarik. Pada bahagian korus lagu ini pasti akan mudah diingati,” katanya.

Berkongsi mengenai projek single terbitan dan edaran syarikat rakaman, Nova Music (M) Sdn Bhd itu, Alyah berkata ia terjadi secara kebetulan.

“Sejujurnya, lagu ini tidak ada dalam perancangan saya untuk tahun ini. Kalau ikutkan saya memang nak muncul dengan single baru, tapi bukan awal tahun dan genre balada.

“Mungkin inilah yang dikatakan rezeki apabila pihak Nova menghubungi pegawai perhubungan awam saya dan menawarkan lagu ini. Mereka juga maklumkan lagu ini bakal menjadi lagu tema drama.

“Malah, melihatkan perancangan yang diatur untuk lagu ini, saya menjadi lebih yakin. Mereka ada sesuatu yang besar untuk lagu ini dan bukan sekadar rakaman. Paling penting, bekerjasama dengan Nova sangat mudah. Mereka tak banyak kerenah,’ katanya.

Alyah yang kali kedua bekerjasama dengan Ikhwan menyifatkan komposer lagu Kisah Cinta Kita itu seorang yang genius dalam bidang penciptaan lagu.

“Bekerja dengan Ikhwan, dia beri apa yang kita ada. Dia tahu ada kelebihan yang lain dalam diri yang belum dikeluarkan, jadi dia gunakan itu.

“Dalam erti kata lain, ketika menghasilkan lagu itu dia sudah membayangkan penyanyi lagu berkenaan. Dia berbeza dengan komposer lain,” katanya.

Khas buat peminat Alyah lagu ‘Cintaiku’ edaran Nova Music (M) Sdn Bhd ini boleh dimuat turun di semua digital platform seperti Apple Music, iTunes, Spotify, Youtube Music, Joox, Deezer Music & KKBOX. Tonton lirik video rasmi ‘Cintaiku’ di Youtube channel Nova Music pada 16 Januari 2020 pada jam 3 petang.

Most Popular

Susulan suspek warga Nigeria campak cucu dari tingkat 3 – sakit mental atau ajaran sesat?

TERLIBAT ajaran sesat ataupun menghidapi masalah mental? Itu dua kemungkinan berhubung suspek utama warga Nigeria yang mencampak cucu tirinya dari tingkat tiga...

Pramugari tawar khidmat pelacuran dalam ‘flight’, syarikat penerbangan mulakan siasatan

SYARIKAT penerbangan British Airways menjalankan siasatan selepas timbul dakwaan ada pramugari mereka menawarkan khidmat pelacuran di dalam penerbangan. Kru kabin...

Warga emas maut ditetak dalam insiden samun

SEORANG lelaki warga emas maut di kediamannya selepas terlibat insiden samun bersenjata selepas ditetak manakala isterinya turut dilaporkan cedera di Jalan Mambu, Bukit...

Binatang! Lelaki guna umpan gula-gula sebelum rogol budak lapan tahun

SEORANG lelaki disyaki merogol seorang kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun selepas mengumpan mangsa dengan gula-gula, berhampiran Jalan Tuaran Bypass, Kota Kinabalu, Sabah...