Syafie Naswip Selamat Bernikah Dengan Pilihan Hati

Pelakon Syafie Naswip selamat bernikah dengan pilihan hatinya pada pagi Sabtu.

Sebelum ini, Syafie Naswip ada membuat pengumuman di Instagramnya memohon maaf kepada rakan-rakan di media sosial dan dirinya bakal mengumumkan sesuatu menerusi Instagram Live.

“Di kesempatan ini, saya Syafie Naswip memohon ampun dan maaf kepada semua kenalan di media social saya yang mengenali saya mahupun tidak.

“Saya akan memaklumkan sesuatu pada esok pagi di LIVE Instagram saya sendiri pada jam 10 pagi

“Sudikanlah kalian semua untuk melihat pengumuman saya esok pagi,” jelasnya.

Majlis pernikahannya itu disaksikan peminat menerusi Instagram Live dan juga di Tiktok live.

Tahniah dan selamat pengantin baru!