Lelaki Gigit Ular Sawa Sepanjang 3 Meter Hingga Mati

Seorang lelaki berjaya menyelamatkan diri daripada belitan ular sawa sepanjang 3.04 meter apabila dia menggigit ular itu sehingga mati.

Boljulio Aleria, 48, sebelum kejadian sedang menunggang motosikal di wilayah Bohol, Filipina apabila ular itu melintas dan menghalang laluannya.

Dia berhenti dan menunggu ular itu untuk beredar namun terkejut apabila ular itu merayap ke arahnya lalu membelitnya dalam kejadian pada Rabu.

“Saya menggigit ular itu sehingga kulitnya koyak. Apabila kulitnya terkoyak, saya menggigit pula dagingnya. Barulah lilitan ular itu longgar,” kata mangsa.

Lelaki tersebut bergegas lari ke rumah terdekat untuk menghubungi doctor walaupun dalam keadaan kehilangan darah yang banyak.

“Saya sudah berasa pening kerana hilang banyak darah,” katanya.

Aleria dibawa ke hospital berdekatan untuk mendapatkan rawatan.

Aleria berkata, bangkai ular tersebut dijadikan santapan penduduk kampung yang membakar reptilia itu di atas api.

Sumber : Kosmo