Mayat Tergantung Dekat Stesen LRT di Klang

Penduduk di Taman Andalas Klang digemparkan dengan penemuan mayat dalam keadaan tergantung di sebuah stesen LRT yang masih belum beroperasi, pada Khamis.

Mayat yang ditemui dipercayai seorang wanita berpakaian seperti telekung lengkap berpenutup kepala.

Pihak polis dan ambulans tiba di lokasi selepas mendapat laporan daripada orang awam yang melalui kawasan itu. Bagaimanapun, setakat ini tiada maklumat lanjut mengenai identiti mayat tersebut.

Sumber : Utusan Malaysia