“Suspek menjual dadah demi menjana sumber pendapatan, akhirnya ditangkap!”

Kredit- Awani

Seorang lelaki berusia 26 tahun berjaya ditahan dipercayai melakukan pekerjaan sambilan dengan menjual dadah bagi menjana sumber pendapatan tambahan oleh sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Langkawi di Kampung Nyiur Chabang.

Kejadian yang berlaku lingkungan jam 12 tengah malam tadi, turut difahamkan suspek membawa heroin dan syabu berniali kira-kira RM 8,000 turut diedarkan di pasaran setempat.

Menurut Ketua Polis Daerah Langkawi, Superintendan Mohd Iqbal Ibrahim, berkata suspek merupakan pemandu bot pelancong itu ditahan ketika berjalan kaki sambil membawa beg silang dalam keadaan mencurigakan.

“Ketika ditahan suspek yang bekerja sebagai pemandu bot pelancong bertindak agresif dan cuba melarikan diri, namun gagal meloloskan diri.

“Pemeriksaan dalam beg silang miliknya menemui dua peket plastik lutsinar berisi dadah jenis heroin seberat 97.40 gram,” katanya dipetik Berita Harian.

Sementara itu, Mohd Iqbal turut berkata, dalam beg silang yang sama polis turut menemui dua peket plastik lutsinar yang mengandungi syabu seberat 76.70 gram.

“Ujian saringan awal air kencing mendapati suspek positif dadah jenis methamphetamine dan mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan dadah.

“Dadah dirampas dianggarkan bernilai RM8,000 dipercayai untuk diedarkan kepada penagih di kawasan berhampiran,” katanya.

Bagaimanpun,  suspek kini direman untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.