Kancil hangus gara-gara “power bank” terbakar

Akibat meninggalkan “power bank” di dalam kereta, seorang pelajar Universiti di Arau, Perlis hari ini terpaksa menyaksikan kereta kancilnya musnah dijilat api.

Menerusi laporan Berita Harian, “power bank” tersebut ditinggalkan didalam kereta miliknya di luar rumah sewa.

Bagaimanapun tiba-tiba terdapat api yang dikeluarkan melalui alatan yang digunakan untuk mengecas pelbagai produk elektronik ini.

Menurut saksi cubaannya untuk memadam kebakaran dalam
Kejadian yang berlaku tengah hari juga gagal.

“Pemilik melihat kereta terbabit mula mengeluarkan asap dari dalam dan mendapati ‘power bank’ yang ditinggalkan di dalam kereta itu terbakar.

“Dia cuba memadamkan kebakaran namun tidak berjaya sehinggalah rakan-rakannya menghubungi pihak bomba bagi mengawal kebakaran,” katanya ketika ditemui di sini.

Sementara itu, jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perlis ketika dihubungi berkata pihaknya menerima panggilan dari Pusat Gerakan Operasi (PGO) kecemasan pada jam 1.59 tengah hari dan tiba di lokasi lima minit kemudian.

“Seramai tujuh anggota yang diketuai Pegawai Bomba Kanan (PBK) Rosnani Abu Seman dengan satu jentera pemadam kebakaran dikerahkan ke lokasi kejadian.

“Api berjaya dikawal pada jam 2.35 petang dan anggaran kerugian masih dalam siasatan,” katanya ketika dihubungi, hari ini.