“Mazslee masih muda dan ada harapan” – Anwar Ibrahim

Kredit-FAcebook Anwar Ibrahim

Presiden Parti Keadilan Rakyat, Anwar Ibrahim menyifatkan Bekas Menteri Pendidikan, Dr Mazslee Malik, seorang yang muda dan mempunyai harapan dalam dunia politik negara.

Kemudian, beliau turut berkata, bahawa ramai ahli politik yang berhenti dan berpatah balik dalam gelanggang politik seperti Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad termasuk diri beliau sendiri.

“Saya hendak beritahu yang pertama penghargaan (buat) Dr Maszlee buat pembaharuan. Itu yang dibincangkan walaupun biasa, kita lebih tertumpu kepada isu lebih kontroversial dan saya hargai sumbangan dia, saya ucap selamat maju jaya

“Dia masih muda dan ada harapan, banyak orang berhenti patah balik, Perdana Menteri berhenti patah balik, saya pun berhenti dan patah balik. Ini soal kesungguhan, konsisten dalam perjuangan,” katanya dipetik Awani.

Dr Maszlee merupakan bekas pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) pada Mac 2018 sebelum dipilih menjadi calon di Parlimen Simpang Renggam pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Sementara itu, Anwar memberi bayangan bahawa nama bekas pemimpin UMNO tidak akan diletakkan di kerusi Menteri Pendidikan yang dikosongkan oleh Dr Maszlee.

Beliau turut memberitahu, namanya juga tidak termasuk dalam senarai yang akan menduduki kerusi berkenaan.

“Ini kerajaan Pakatan Harapan, maknanya kerajaan Pakatan Harapan.

“Kalau dalam Pakatan Harapan, semangat Pakatan Harapan, manifesto Pakatan Harapan,” ujarnya.

Bagaimanapun, Memetik sumber Awani, Spekulasi bertiup kencang menyebut Ahli Parlimen Jeli, Datuk Seri Mustapa Mohamed, antara individu disebut-sebut bakal menerajui Kementerian Pendidikan susulan peletakan jawatan Dr Maszlee.