Bagi mengelakkan sebarang kejadian luar kawalan berlaku termasuk cubaan membunuh atau mencederakan diri, pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) memperketatkan kawalan terhadap suspek lelaki warga Israel.
“Apabila dia ditahan pada Rabu lalu, suspek sudah mengetahui bahawa sebarang perancangan atau misi telah gagal dan dia sendiri mengetahui tentang risiko dihadapinya sekiranya kembali ke negara asal (Israel).
“Maka semasa ditahan kita tidak menolak kemungkinan suspek ini sanggup mengambil apa juga risiko termasuk membunuh diri atau mencederakan dirinya sendiri dengan apa juga keadaan,” menurut sumber.
Sumber berkata, PDRM juga memperketatkan kawalan terhadap suspek daripada cubaan mana-mana pihak yang ingin mendekatinya.
“Pada masa ini suspek ditempatkan dalam kawalan ketat Polis Kontinjen Kuala Lumpur namun lokasinya tidak dapat didedahkan
“Berbanding dengan tahanan kes jenayah lain, suspek dikategorikan sebagai berisiko tinggi dan ada pegawai dan anggota yang mengawalnya setiap 24 jam,” katanya.
Katanya, kawalan ketat PDRM akan dapat dilihat apabila suspek dibawa ke mahkamah bagi mendapatkan kebenaran sambung reman atau sebutan kes.
Sumber : Sinar Harian / Awani