Skuad Negara Berjaya Menumpaskan Skuad Indonesia Dan Menempah Tiket Ke Pentas Akhir

Berita gembira menyusul lagi apabila skuad bola sepak negara berjaya menjatuhkan skuad Indonesia pada separuh akhir dalam Kejohanan Bawah 18 tahun (B-18) bagi Sekolah Sekolah Asia 2019 di Stadium Batakan, Balikpapan, Indonesia semalam.

Pemain yang ratanya berusia 16 tahun itu mendapat kemenangan menerusi sepakan penalti yang difahamkan kedua pasukan terikat dengan keputusan 1-1.

Tambah pula, walaupun stadium dipenuhi dengan penyokong Indonesia namun mereka berjaya membuktikan kemenangan hingga dapat menempah tiket slot ke pentas akhir.

Semasa perlawanan berlangsung, berlakunya insiden kecil antara kedua pasukan.

Difahamkan, penyokong Indonesia melempar botol ke dalam padang apabila pemain Malaysia dijatuhkan oleh pihak lawan.

Tindakan yang berani apabila pemain jersi nombor 7 bangun setelah terjatuh lalu mencuba untuk menghentikan insiden dingin tersebut.

Video yang dimuat naik pemilik Instagaram Bola Nusantara tular dan meraih Video lebih daripada 40 ribu tontonan.

Aksi sportivitas pemain Timnas Indonesia Pelajar, Christian Rumbiak melindungi pemain Malaysia dari lemparan botol penoton di Stadion Batakan

Sumber : Twitter Bola Nusantara

Rata-rata netizen yang menonton video tersebut memuji sikap pemain jersi nombor 7 iaitu Christian Rumbiak kerana menunjukkan semangat kesukanan yang begitu tinggi dalam perlawanan tersebut.

Ucapan terima kasih yang tidak henti di ruangan komen untuk Christian.