Salah luah rasa hiba pemergian Mane

Salah luah rasa hiba pemergian Mane

BINTANG Liverpool, Mohamed Salah menyentuh perasaan peminat kelab tersebut selepas meluahkan rasa sedih atas perpindahan Sadio Mane.

Bintang Senegal itu melengkapkan perpindahan ke kelab Bayern Munich semalam.

“Satu perjalanan yang panjang! Terima kasih atas semua kenangan bersama.

“Saya doakan yang terbaik untuk pengembaraan baharu anda. Kami semua akan sentiasa merindui anda!

Mane menandatangani kontrak tiga tahun di Allianz Arena, tempat dia akan membantu pasukan dari Bavaria itu meneruskan dominasi dalam Bundesliga.

Salah memuat naik luahan tersebut melalui satu ciapan di laman Twitter miliknya.

Dia turut berkongsi beberapa keping gambar aksi bersama Mane dalam ciapan tersebut.

Gandingan dua bintang berbakat besar itu pernah melalui kejayaan bersama di Anfield apabila Salah menyertai Liverpool pada 2017, setahun selepas Mane tiba dari Southampton.

Mane juga dikatakan antara pemain Afrika terbaik sepanjang zaman.