62% rakyat Malaysia bersetuju untuk kerja 4 hari seminggu, waktu kerja pula dijangka lebih panjang

62% rakyat Malaysia bersetuju untuk kerja 4 hari seminggu, waktu kerja pula dijangka lebih panjang
Woman work photo created by tirachardz - www.freepik.com

SEBUAH firma pengendali tinjauan dalam talian, Qualtrics telah mengeluarkan satu data dimana 62 peratus pekerja sepenuh masa di Malaysia lebih gemar fleksibiti sepanjang empat hari bekerja seminggu.

Qualtrics juga telah mengeluarkan peratusan punca utama mengapa rakyat Malaysia mahukan tempoh bekerja dipendekkan kepada 4 hari seminggu. 

86 peratus responden merasakan bekerja empat hari seminggu mampu memberi keseimbangan hidup bekerja.

Manakala, 82 peratus responden merasakan kesihatan mental terjaga, 83 peratus lagi merasakan lebih produktiviti serta menjadikan mereka rasa lebih setia kepada majikan.

Bukan sekadar di Malaysia, Qualtrics juga telah mengeluarkan statistik akan kajian ini terhadap responden meliputi Asia Tenggara. 

Menurut data tersebut, 60 peratus responden di rantau ini sanggup di potong gaji demi bekerja 4 hari seminggu.

Namun, 54 peratus rakyat Malaysia tidak bersetuju dengan cadangan itu. 

Biarpun ramai yang bersetuju dengan hari bekerja dipendekkan, namun, ramai juga yang sedar akan ada timbal balas dan kesan daripadanya. 

Firma Qualtrics menyatakan tiga perempat yakni 72 peratus responden di Asia Tenggara menyatakan masa bekerja akan menjadi lebih panjang sekiranya hari bekerja dipendekkan.

58 peratus lagi merasakan pelanggan akan kecewa dan prestasi syarikat boleh terjejas. 

Responden dari Malaysia juga turut memberi reaksi membimbangkan. 68 peratus responden di negara ini merasakan waktu bekerja mereka akan menjadi lebih panjang, 62 peratus merasakan pelanggan akan kecewa dan 65 peratus pula gusar akan prestasi syarikat. 

Antara negara yang telah melaksanakan sistem bekerja empat hari seminggu ialah Belgium, Iceland, Scotland, epanyol, Jepun dan Emiriah Arab Bersatu (UAE)

Qualtrics merupakan sebuah syarikat pengurusan yang berpengalaman dan berpangkalan di Utah, Amerika Syarikat.

Penyelidikan ini telah dijalankan pada bulan Mei 2022 dan telah disertai 3,415 responden berusia 18 tahun ke atas dan bekerja sepenuh masa serta sambilan merentasi pelbagai industri di Indonesia, Malaysia, Filipina dan Singapura.

Bagi soalan mengenai empat hari bekerja telah dijawab oleh 2,846 responden yang bekerja sepenuh masa.