Malaysia Berjaya Menundukkan Indonesia, Tahniah!

Pemain bola sepak, Safawi Rasid menghadiahkan Malaysia dengan jaringan 2-0 menentang pasukan Indonesia di Stadium Nasional, Bukit Jalil sebentar tadi.

Tindakan yang bijak bagi Safawi yang berjaya menjaringkan gol pertamanya pada minit ke 30 membuatkan seluruh penyokong bersorak gembira.

Sementara itu, impaknya membuatkan keadaan sedikit tegang apabila penyokong Indonesia difahamkan cuba melontarkan suar ke arah penyokong Malaysia.

Kemudian, tidak cukup dengan jaringan pertama oleh Safawi, sekali lagi beliau berjaya menjaringkan gol kedua pasa minit ke 73.

Kemenangan itu membuatkan Malaysia mendapatkan sembilan mata daripada lima perlawanan bagi saingan kelayakan Piala Dunia 2022 dan Piala Asia 2023.

Keseluruhan keputusan perlawanan tersebut ditamatkan dengan Malaysia 2 mata dan Indonesia 0 mata.

Seterusnya, difahamkan perlawanan Malaysia menentang Emirah Arab Bersatu (UAE) akan berlangsung pada 26 Mac tahun hadapan.