Nilai Mata Wang Ringgit Lemah Berbanding Dolar AS

Ringgit dibuka lebih rendah berbanding mata wang dolar AS selepas pelabur beralih kepada dolar AS sebagai aset lindung nilai berikut keraguan yang tercetus dari perkembangan runding dagangan AS-China hari ini, kata peniaga.

Menurut Pakar Strategi Pasaran Asia Pasifik, Axi Trader Stephen Innes berkata pasaran daripada China mencadangkan Beijing bersikap ‘kurang yakin’ terhadap rundingan dagangan dengan Presiden AS, Donald Trump.

Boleh nampak Beijing sangat terganggu kerana mahu fikirkan kedua belah pihak yang sudah setuju untuk melaksanakannya secara prinsip. Oleh itu menyebabkan ketegangan berterusan timbul sekiranya mereka benar-benar sependapat.”

Masalah masih kekal bagi kedua belah pihak dari kepercayaan, bahkan tidak dijelaskan bagaimana jurang kepercayaan ini dapat didekatkan terutama China,” katanya dalam satu nota.

Kemudian, Susulan perkembangan terbaru dipercayai harga minyak turut menjunam kembali dengan penanda aras Brent didagangkan 0.3 peratus lebih lemah kepada AS$62.27.

Ringgit turut didagangkan lebih rendah berbanding mata wang utama lain.

Turut difahamkan, ringgit lebih lemah berbanding dolar Singapura pada 3.0549/0583 dari paras 3.0531/0557 semalam dan jatuh berbanding yen pada 3.8328/8376 ke 3.8192/8230.

Bagaimanapun, menurut laporan Bernama, Mata wang tempatan didagangkan lebih baik dengan pound British kepada 5.3842/3898 berbanding 5.3844/3891 namun lebih rendah berbanding euro kepada 4.6011/6064 daripada 4.5943/5993 sebelumnya.