Kaki Luciano Sanchez Patah Dua Dibentes Marcelo

Foto : Tribunnews

RIO DI JANEIRO – Bintang bola sepak Brazil, Marcelo Vieira dihukum layangan kad merah dan diarah keluar padang gara-gara terjahan keras terhadap Luciano Sanchez, pada aksi Fluminense menentang Argentinos Juniors, awal pagi tadi.

Marcelo dilihat menangis ketika insiden itu terjadi apalagi selepas menyaksikan kaki pemain pertahanan Argentinos Jrs itu patah dua.

Sanchez, yang dibawa ke klinik perubatan berhampiran untuk rawatan, turut mengalami lutut kiri terkehel, kata Argentinos dalam satu kiriman di platform X.

“Hari ini saya mengalami saat yang sangat sukar di atas padang,” tulis Marcelo di Instagram.

“Saya secara tidak sengaja telah mencederakan rakan pemain. Saya ingin mendoakan dia pulih sebaik mungkin. Semua kekuatan di dunia.”

Kelab Brazilnya juga menyiarkan mesej sokongan di media sosial.

“Fluminense FC menyatakan solidaritinya dan mendoakan pemulihan segera kepada pemain pertahanan Argentinos Juniors Luciano Sanchez, yang cedera dalam perlawanan malam ini,” bunyinya.

Pusingan pertama pertembungan pusingan 16 berakhir dengan keputusan seri 1-1 di stadium Diego Armando Maradona. – REUTERS