Highlight EPL: Saksikan Son Heung Min Jaringkan Gol Terbaik Dalam Kariernya

Son Heung Min menyatakan beliau baru sahaja menjaringkan gol tercantik di dalam kariernya ketika berhadapan dengan Burnley – pada kancah EPL – semalam.

Skuad kendalian Jose Mourinho kembali ke landasan kemenangan dengan penuh gaya selepas tewas di tangan Man United sebelum ini.

Spurs mendahului Burnley dengan jaringan 3-0 pada separuh masa pertama. Mereka bukanlah terlalu dominan tetapi masih membuktikan diri mereka sebagai pasukan lebih baik.

Burnley serba tak menjadi dan hanya mampu melihat percubaan Robbie Brady hanya singgah di tiang gol.

Harry Kane meletakkan Spurs di hadapan seawal minit ke-4. Lucas Moura kemudian menambah 1 lagi gol, pada kira-kira 5 minit selepas gol tersebut,

Dan pada  minit ke-32, Son Heung Min melakukan jaringan luar biasa, berlari daripada bawah padang membawa bola sehingga ke hadapan penjaga gol lawan.

Di dalam kedudukan berhadapan dengan penjaga gol dan tekanan dari pertahanan, Son berjaya melepaskan rembatan tepat dengan sangat tenang.

Spurs menambah 2 lagi gol pada separuh masa kedua. Kerapuhan pertahanan Burnley dihukum oleh Harry Kane dan juga Moussa Sissoko untuk memastikan 3 mata milik mereka.

Tamat perlawanan Spurs 5 Burnley 0.

Spurs kini berada di tanggan ke-6 di belakang Man United (tangga kelima) – serta hanya enam mata di belakang Chelsea yang berada di tangga keempat.