Fernandes beri impak positif kepada United — Solskjaer

28

Ole Gunnar Solskjaer berkata kehadiran Bruno Fernandes di Manchester United telah memberikan semua pemain ‘rangsangan’ selepas pemain tengah itu menjaringkan gol pertama buat kelab ketika mengatasi Watford 3-0 di Old Trafford.

Fernandes menyerlah sepanjang perlawanan ketika United merakamkan kemenangan kedua daripada tiga perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) dan kini menghuni tangga kelima.

Selepas menjaringkan gol menerusi sepakan penalti untuk memberikan gol pendahuluan buat United, Fernandes mencipta peluang buat Anthony Martial untuk menjaringkan gol dan melakukan bantuan jaringan buat Mason Greenwood untuk gol ketiga.

Solskjaer kemudian memberikan penghargaan kepada pemain berusia 25 tahun itu dan impak yang ditampilkan kepada skuad The Red Devils selepas mengatasi Chelsea 2-0 dalam aksi terdahulu.

 

“Bruno Fernandes seorang pemain yang lincah,” kata pengendali United itu kepada BBC Sport.

“Kami teruja menyaksikan dia bersama kami. Kehadirannya telah meningkatkan mutu setiap pemainan dan cemerlang memimpin perlawanan.

“Dia sentiasa mahukan bola, seorang pemain yang memiliki personaliti dan perwatakan untuk mengawal permainan, mahukan tugas untuk mengambil sepakan penalti.

“Caranya mengambil sepakan penalti membuktikan dia memiliki perwatakan seorang pemain United, bukan sekadar pemain yang berkualiti.

“Ia adalah kemenangan yang baik, dua kemenangan dan tidak dibolosi dalam dua perlawanan. Kami mahukan momentum ini diteruskan,” kata Solskjaer, yang bakal berdepan Club Brugge dalam Liga Europa Jumaat ini sebelum berkunjung ke Everton tiga hari kemudian.

“Perlawanan penting bakal hadir.”

 
 
Sumber – stadium Astro
Baca juga:   Mourinho: Kane mungkin berehat hingga April, Mei, musim depan