Ali Puteh akan serahkan semua sumbangan kepada balu Abam dan mohon maaf

Tidak mahu memanjangkan lagi kontroversi yang melibatkan keluarga dan kakak iparnya, pelawak Ali Puteh menjelaskan dia akan bertemu sendiri balu Allahyarham Abangnya itu, Siti Nurhidayah Mohd Ali dalam waktu terdekat.

Selain ingin memohon maaf, Ali atau nama sebenarnya Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan memberitahu dia juga akan menyerahkan kesemua sumbangan yang diterima sepanjang ketiadaan arwah kepada kakak iparnya itu.

“Sekiranya bertambah teruk saya sudah jelaskan kepada ibu saya untuk kumpulkan kesemua wang sedekah kepada kakak ipar saya di rumahnya.

Majlis sidang media Ali Puteh dan permohonan maaf secara terbuka kepada kakak iparnya, atas keterlanjuran kata-kata…

Posted by Astro Gempak on Friday, February 21, 2020

“Di situ juga akan berlaku sesi pemohonan maaf antara kami sekeluarga, bagaimanapun ini akan dibuat secara tertutup tanpa melibatkan mana-mana media lagi,” katanya pada sidang media yang diadakan di Bandar Utama, Selangor sebentar tadi.

Menjawab persoalan mengenai pilihannya untuk memuatnaik kenyataan menghina kakak iparnya itu dengan panggilan binatang. Kata Ali dia mengakui kesalahnya itu selain turut menjelaskan dia berada dalam keadaan marah ketika membuat kenyataan itu.

Sementara itu bercakap mengenai tindakan usahawan, Datuk Seri Aliff Syukri, yang mencetuskan kontroversi ini kata Ali dia melihat kelakuan Aliff itu sangat tidak beradap selain menjadi punca perpecahan keluarganya.

“Apa yang boleh saya cakap bertaubatlah, sebab suatu hari nanti kita semua juga akan mati. Tindakannya itu hanya untuk melariskan laman YouTube miliknya sahaja. Perkara ini sangat tidak adil buat balu dan keluarga.

“Di mana dia sewaktu kami susah dan hari kematian arwah, hanya datang dalam keadaan ini untuk bertanyakan soalan-soalan yang menjadi punca perpecahan keluarga, di mana adab kamu,” katanya lagi.