Diego Maradona Tolak Tawaran Latih Pahang FC?

Lagenda Bola sepak dunia Diego Maradona khabarnya ada menerima tawaran bernilai jutaan ringgit untuk melatih naib juara Liga Super 2019, Pahang untuk musim depan.

Bagaimana pun tawaran untuk berada di Malaysia itu ditolak Maradona memandangkan dia membuat keputusan untuk kembali menjadi jurulatih untuk pasukan Kelab Gimnasia De La Plata.

Sementara itu pendedahan yang dibuat oleh wartawan yang bekerja dengan sebuah portal sukan popular dari Mexico, Superdeportivo iaitu Cesar Luis Merlo melalui laman sosial miliknya semalam ternyata menarik perhatian ramai peminat bola di negara ini.

Bayangkan sahaja jika lagenda dunia ini bersetuju untuk memimpin pasukan Pahang FC tahun hadapan.

Pasti ramai yang menanti magis yang dibawa Maradona ke atas pasukan ini.

Apapun ini bukan kaleng kaleng