Putera Empayar Nusantara Bangkitkan Khazanah Melayu Lama

SABTU, SEREMBAN 23 NOVEMBER –

Industri perfileman tempatan di Malaysia tidaklah besar jika hendak dibandingkan dengan negara-negara seperti Thailand, Indonesia, China, Hong Kong, India mahu pun Hollywood. Namun ia bukan alasan bagi pembikin-pembikin filem tempatan untuk tidak cuba menembusi pasaran luar.

Produksi filem tempatan, Eria Ventures Sdn Bhd dengan kerjasama Kerajaan Negeri Sembilan mendapat ilham untuk menerbitkan sebuah filem bergenre “epik dan aksi” yang diberi judul “Putera Empayar Nusantara”.


Filem arahan tiga pengarah ini mengambil inspirasi dari kisah sebenar zaman kesultanan Johor, Negeri Sembilan Pahang dan Kedah bakal dijangka filem tempatan yang berpotensi menjadi filem box-office sekaligus menembusi pasaran antarabangsa.


Menurut Pengarah/Penerbit filem Putera Empayar Nusantara, Asmadie Mokhadar
“Mungkin ramai tidak tahu, genre filem sebegini mempunyai permintaan yang tinggi, namun tidak banyak produksi yang berani mengambil risiko dalam menghasilkan filem bergenre seperti ini. Filem ini juga akan melibatkan Pengarah terkenal dari Indonesia , Ario Sagantaro yang banyak menghasilkan filem Hollywood, The Raid.

 

Filem Putera Empayar Nusantara ini juga menjadi produksi filem pertama yang mendapat kerjasama pengunaan CGI daripada Linux Group yang terkenal di Hong Kong dan negara Cina. Para karyawan filem Putera Empayar Nusantara turut menampilkan berisan artis ternama Malaysia dan Indonesia seperti Cecep Arif Rahman dan Ismi Melinda.


Pihak kami merasakan dengan adanya kerjasama nusantara dari sudut pembikinan filem bersama negara jiran ini dapat melonjakkan lagi jenama industri perfileman tempatan kita sendiri. Karakter yang bakal di bawa oleh barisan pelakon juga sememangnya watak-watak yang berat dan kami percaya mereka akan laksanakan dengan baik.”

Putera Empayar Nusantara dijangka bakal ke pawagam di seluruh Malaysia dan ingin menembusi pasaran antarabangsa pada tahun 2021. Jadual penggambaran filem Putera Empayar Nusantara bakal bermula tahun hadapan.

Eria Ventures Sdn Bhd dengan kerjasama Kerajaan Negeri Sembilan menyeru seluruh rakyat Malaysia kekal dan terus memberikan sokongan kepada industri filem tempatan terutamanya filem Putera Empayar Nusantara yang tidak akan mengecewakan penonton.

Oleh itu, Eria Ventures Sdn Bhd turut menghargai jasa baik Kerajaan Negeri Sembilan dalam menyokong pembikinan filem ini, sekaligus berjaya mengharumkan nama negara di persada antarabangsa.