Apa nasib JDT? TMJ umum tarik diri 

Apa nasib JDT? TMJ umum tarik diri

DUNIA bola sepak tempatan pasti gempar apabila dikejutkan dengan keputusan pemilik Kelab Bolasepak Johor Darul Takzim (JDT) yang menyatakan hasrat untuk tarik diri. 

Menerusi hantaran ringkas di Facebook rasmi Johor Southern Tigers, keputusan itu dibuat selepas memikirkan soal komitmen dan tanggungjawab lain. 

Tunku Ismail Sultan Ibrahim menyatakan akan menyerahkan kedudukan JDT kepada pihak pengurusan tertinggi kelab bola sepak itu. 

Menerusi hantaran itu juga, TMJ turut mengambil peluang mendoakan masa depan JDT dan seluruh ahlinya. 

“Disebabkan tanggungjawab dan komitmen saya yang lain, saya telah mengambil keputusan untuk berundur dan menyerahkan urusan harian Kelab Bolasepak JDT kepada pengurusan tertinggi kelab.

“Saya doakan yang terbaik untuk kelab dan semua,” memetik hantaran tersebut. 

Hantaran itu dalam masa sama turut mendapat ribuan respon dalam kalangan warga net meskipun dimuat naik hanya dalam masa beberapa minit.