Huru-hara! Majlis perkahwinan Britney Spears diceroboh bekas suami!

Huru-hara! Majlis perkahwinan Britney Spears diceroboh bekas suami!
FOTO: https://www.tmz.com/2022/06/09/britney-spears-wedding-police-jason-alexander-crash-ex-husband/

PERKAHWINAN penyanyi Britney Spears dicemari dengan insiden pencerobohan oleh bekas suaminya, Jason Alexander.

Majlis yang berlangsung di Los Angeles, Amerika Syarikat itu turut disiarkan secara langsung oleh Alexander menerusi laman Instagram miliknya, lapor laman TMZ.

“Saya akan hancurkan majlis perkahwinan ini.

“Spears merupakan isteri pertama saya dan satu-satunya isteri saya, saya adalah suami pertamanya,” katanya dalam siaran langsung itu.

Tangkap layar ketika Alexander menceroboh

Dia bagaimanapun ditahan oleh polis Ventura County selepas berlaku pergelutan dengan pegawai keselamatan majlis terbabit.

Pihak berkuasa juga belum menetapkan sebarang kesalahan terhadap Alexander.

Perkahwinan bintang pop itu bersama Alexander hanya bertahan selama 55 jam selepas mereka berkahwin pada 2004.

Spears bertunang pula dengan Sam Asghari pada September tahun lalu selepas berkenalan ketika sama-sama terlibat dalam pembikinan muzik video Slumber Party pada 2016.

Asghari juga merupakan jurulatih peribadi Spears.

Spears bersama Federline

Ini merupakan perkahwinan ketiga Spears selepas berpisah dengan Alexander dan Kevin Federline.