Suami Isteri Melecur Seluruh Badan Dua Kenderaan Terbakar Depan Rumah

Sepasang suami isteri melecur apabila terlibat dalam kebakaran yang melibatkan dua buah kenderaan yang diletakkan di hadapan rumah mereka di Taman Utama, Bercham di sini, hari ini.

Mangsa lelaki berumur 60 tahun manakala wanita pula berusia sekitar 50-an melecur hamper keseluruhan badan.

Menurut Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad,  mereka menerima panggilan mengenai kejadian pada jam 10.20 pagi.

Sebanyak 10 anggota bomba dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Setibanya di lokasi, kita mendapati kebakaran melibatkan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) dan sebuah motosikal serta menemui dua mangsa mengalami kecederaan melecur tahap satu.

“Kebakaran telah berjaya dipadamkan dan kedua-dua mangsa dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) oleh ambulans,” katanya dalam kenyataan di sini.

Operasi yang diketua Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan II, Redzuan Chik ditamatkan jam 11.43 pagi.

Sumber : Awani