Lelaki, Wanita Ditemui Maut Dalam Kereta Berkunci

Seorang lelaki dan seorang wanita ditemukan meninggal dunia dalam sebuah kereta berkunci di kawasan parker stesen minyak di Jalan Segamat – Kuantan dekat Muadzam Shah, Rompin hari ini.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Zulfadli Zakaria berkata, mangsa yang merupakan seorang pemandu dan seorang penumpang disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)

Pihak bomba bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima laporan pada 4.10 petang.

Operasi segera dilakukan untuk membuka pintu kereta Proton Satria Neo menggunakan peralatan menyelamat.

“Sebaik pintu dibuka, kedua-duanya disahkan sudah meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan (KKM).

“Mayat kemudian diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya.

Sumber : Harian Metro