Suami Isteri Kes Tipu Katering Hilangkan Diri

24 Disember lalu seorang pengantin perempuan ditipu urusan katering hingga keluarga terpaksa memasak dan menyediakan makanan sendiri untuk majlis perkahwinan tersebut.

Kini, pihak polis masih giat mengesan seorang wanita yang disyaki terbabit dalam penipuan katering tersebut. Usaha untuk mendapatkan keterangan suami suspek juga gagal apabila lelaki itu turut menghilangkan diri.

“Setakat ini, kita ada mendapatkan maklumat daripada saudara maranya bagi mengesan suspek.

“Justeru, kami meminta kerjasama orang ramai bagi mengesan suspek berusia 40 tahun itu dengan alamat terakhir dari Taman Alam Budiman, Shah Alam, Selangor,” jelas Ketua Polis Daerah Jempol, Superitenden Hoo Chang Hook selepas dihubungi Sinar Harian.

Pihak polis juga menyeru orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai suspek agak menyalurkan maklumat berkenaan kepada kepada Penolong Pegawai Penyiasat Bahagian Siasatan Jenayah Komersil, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jempol, Sarjan Norhisham Zulkifli di talian 017-6219957 atau 06-4582222 sambungan 102.