“Dia Dah Kahwin” – Ke Mana Hilangnya Azar Azmi?

‘Kehilangan’ secara tiba-tiba pelakon Azar Azmi dirasai peminat dan rakan-rakan selebriti.

Azar Azmi nama sebenarnya, Siti Azar Ameerah ,35, yang popular dengan drama Ustaz Adam memuat naik hantaran terakhirnya di Instagram pada Mei 2022. Sejak itu tiada lagi update terkini pelakon itu dan terus ‘hilang’ dari radar.

Menurut laporan Harian Metro, pelakon Zarina Zainuddin turut cuba menghubungi pelakon itu melalui Whatsapp, namun tiada balasan.

Beberapa hari lalu tular satu video yang dimuat naik peminat di Tiktok bertanyakan ke manakah pelakon itu menghilang.

Ada individu mendakwa dirinya salah seorang ahli keluarga kepada Azar Azmi dan menyatakan yang pelakon itu sudah pun berkahwin dan memiliki anak. Namun, tiada kesahihan dibuat.

 

 

 

 

 

 

Walaupun kehilangan Azar Azmi masih lagi misteri namun peminat mendoakan agar Azar Azmi dalam keadaan baik.