Konsert Ada Apa Dengan Melly Kembali Lagi?

Hampir setahun yang lalu, Melly Goeslaw mengimbau kenangan zaman persekolahan semasa melakukan konsert Ada Apa Dengan Melly yang diadakan di Plenary Hall, Kuala Lumpur.

Tiket konsert ‘Queen of Soundtracks’ itu habis terjual hanya dalam masa satu jam.

Pastinya ia meninggalkan kenangan indah buat semua penonton yang hadir kerana menggamit memori zaman persekolahan. Memilih konsep kembali ke sekolah, rata-rata penonton yang hadir menggayakan baju sekolah dengan cara tersendiri.

Menerusi perkongsian Instagram ICON ENTERTAINMENT, peminat tertanya-tanya apakah isteri kepada komposer terkenal, Anto Hoed ini bakal melakukan konsert di negara ini sekali lagi?

“Perjalanan pengajian belum selesai selagi..

“Kita tidak bertemu semula di tarikh ini.. tarikh hari ini 6 bulan dari sekarang..

“1 June 2024,” tulis penganjur konsert Ada Apa Dengan Melly itu

Menjengah ke ruangan komen, ada peminat yang sudah tidak sabar menunggu pengumuman seterusnya.

“Aaahh mau cari uniform sekarang!!

“Axiata terus please with harga marhaennn,” tulis peminat

Ada juga peminat yang meminta pengajur, ICON ENTERTAINMENT mengadakan konsert kali ini di lokasi yang lebih besar seperti Axiata Arena, Bukit Jalil.

Apa pun kita nantikan pengumuman daripada ICON ENTERTAINMENT yang seterusnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Melly Goeslaw (@melly_goeslaw)