Sharifah Sakinah dedah jumpa pengganti selepas empat bulan bercerai

AKTRES Sharifah Sakinah mendedahkan dia kini sedang menyulam cinta dengan seorang jejaka berdarah Inggeris.

Sakinah atau nama sebenarnya Sharifah Nurul Sakinah Syed Abu Bakar, 31, mengakui mula mengenali lelaki terbabit selepas tempoh edahnya tamat.

“Saya gembira dengan keadaan sekarang dan bersifat telus bercakap mengenainya,” kata Sakinah.

Ya, saya sudah bertemu pengganti. Kami memang sekepala dan dia seorang jejaka yang baik.

“Kami juga berkongsi tarikh lahir yang sama namun dia tua 10 tahun daripada saya,” tambahnya.

Dalam pada itu, Sakinah meluahkan rasa lega apabila anak perempuannya iaitu Anais Adha, tiga tahun, masih belum mengerti isu perceraian dengan bekas suami.

“Sekarang kami gilir seminggu menjaga anak kami. Sedih pula apabila memikirkan mengenainya.

“Dia masih kecil dan belum mengerti. Tapi lebih baik jadi sekaranglah (perceraian),” jelasnya lagi.

Sakinah dan bekas suami iaitu Aliff Adha mendirikan rumah pada 28 Mac 2015.

Namun rumah tangga mereka tidak berpanjangan dan berpisah pada Mei lalu.

Sumber: Harian Metro