Seperti Dipukau, Lelaki Berjalan Masuk ke Dalam Sungai

 

Tular satu video memaparkan seorang lelaki berjalan masuk ke dalam sungai tanpa menghiraukan jeritan orang ramai yang memanggilnya di Tanjung Emas, Muar baru-baru ini.

Menurut video yang dimuat naik oleh Shah_Evanddy91 di Tiktok, lelaki ini seperti dipukau kerana tidak langsung menoleh apabila orang ramai yang berada di situ memanggilnya. Lelaki berkenaan juga kelihatan menangis apabila berada di dalam sungai.

Kejadian dilaporkan berlaku pada jam 7.30 malam.

“Dia tak toleh langsung. Masa dah kat dalam ni dia nangis. Saya tak tahu sebab apa? Mungkin dia takut tapi diam dan kaku kat situ,” tulisnya.

Menjawab kepada pertanyaan di ruangan komen bagaimana lelaki tersebut boleh terapung di dalam sungai, pemilik akaun menjelaskan air ketika itu sedang surut dan tidak terlalu dalam.

Lelaki berkenaan berjaya diselamatkan pihak bomba dan dibawa untuk rawatan menaiki ambulans.

“Ambulans dah bawak pergi hospital. Harap mangsa okay,” katanya.

Setakat ini tiada maklumat lanjut mengenai keadaan lelaki terbabit.

Sumber : Tiktok