“Saya Siti Nurhaliza..” Tokti Umum Konsert

 

Datuk Seri Siti Nurhaliza umumkan akan mengadakan konsert pada tahun hadapan. Berita gembira buat peminat itu diumumkannya melalui satu hantaran di Instagram petang ini.

“Sebuah Epitome. Saya Siti Nurhaliza,” tulisnya

Konsert Sebuah Epitome, Saya Siti Nurhaliza akan diadakan pada 9 Mac 2024 di Axiata Arena, Bukit Jalil.

Sebelum ini Tokti berkongsi satu hantaran yang membuatkan peminat tertanya-tanya apakah figura itu akan mengadakan dokumentari mahupun biopik apabila memuat naik satu hantaran bertulis “Akan Datang”

Bukan sahaja peminat teruja dengan berita gembira itu malah ianya disambut baik oleh rakan-rakan selebriti seperti Dayang Nurfaizah, Ernie Zakri, Farah Fauzana dan ramai lagi.

“Saya boleh tolong angkat kan beg dan sediakan air panas,” gurau Hael Husaini pada ruangan komen.

“Will be there,” tulis Ernie Zakri.

Namun, ada juga peminat yang mahukan konsert itu diadakan di tempat yang lebih besar seperti di Stadium Nasional Bukit Jalil.