Aeril Zafrel dan Wawa Zainal Tunaikan Zakat Lebih RM 1 Juta

Pelakon dan usahawan, Aeril Zafrel serta isteri Wawa Zainal menunaikan bayaran zakat perniagaan sebanyak RM 1,015,000 menerusi satu hantaran yang dimuat naik di Instagram pada Rabu.

Menerusi video tersebut, seorang wakil daripada Lembaga Zakat Selangor telah ke rumahnya untuk untuk proses akad.

Zakat tersebut dibayar merupakan hasil perniagaan mereka untuk tahun ini.

Namun, kapsyen Aeril  pada videp tersebut menarik perhatian netizen.

“Alhamdulillah wawa setuju ada MADU turki,” tulisnya

Netizen memuji pasangan ini yang tidak pernah culas untuk melaksanakan tanggungjawab mereka sebagai seorang Muslim.

Tahun sebelum ini pasangan ini telah menunaikan zakat perniagaan sebanyak melebihi RM50,000.