Seorang Maut, 4 Tertimbus Dalam Tanah Runtuh di Cameron Highlands

Seorang lelaki maut akibat tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Batu 54, Blue Valley, Cameron Highlands pada Jumaat.

Dalam kejadian jam 2.51 pagi, dikhuatiri masih terdapat empat orang yang terperangkap dalam runtuhan tersebut. Bagaimanapun, identiti dan keadaan mereka yang tertimbus masih belum diperolehi.

“Pemeriksaan awal di kawasan runtuhan bomba menemui mayat seorang lelaki.” kata Penolong Pengarah Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Pahang, Ismail Abdul Ghani dalam satu kenyataan.

Menurutnya, anggota terlibat berdepan cabaran apabila terpaksa berjalan kaki sejauh tiga kilometer ke lokasi kejadian.

“Hasil pemeriksaan di lokasi telah menemui seorang lelaki yang tertimbus manakala operasi pencarian mangsa lain masih diteruskan,” katanya

Sumber : Awani